skip to main |
skip to sidebar
PROUD TO BE MUSLIMS
“Kita tidak akan dikalahkan oleh sedikitnya bilangan kita, tidak juga kerana lemahnya peralatan kamu, juga kerana ramainya musuh kamu, bukannya kerana penguasaan musuh kamu. Walapun penduduk dunia bersatu menentangmu nescaya mereka tidak berupaya kecuali apa yang telah ditetapkan kepadamu. Tetapi kamu akan kalah dengan sebenarnya dan hilang segala perkara yang menyambung kepada kemenangan dengan beberapa sebab antaranya : APABILA ROSAKNYA HATI KAMU dan ALLAH TIDAK MEMBAIKI AMALAN KAMU, atau APABILA KAMU TIDAK BERSATU DAN BERLAINAN PENDAPAT. Jika kamu mengambil jalan ketaatan terhadapNya semua yang diredhaiNya maka janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu sedih kerana sesungguhnya kamulah yang tinggi serta Allah bersama kamu dan Allah sekali-kali tidak akan mengurangkan pahala amalan kamu.” - Assyahid Hasan AlBanna
* Jika semua penggerak dakwah mampu menghayati konsep BERLAPANG DADA ini dengan baik, maka hampalah barisan tentera syaitan dan musuh-musuh Islam yang setiap saat merungkai tautan hati para penggerak dakwah. Kerana mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam terletak kepada kesatuan, dan kelemahan umat Islam berpunca daripada perpecahan dan hubungan yang rapuh dengan Allah swt.
Ayuh penggerak dakwah ! BERLAPANG DADA lah dengan SAUDARAMU!
No comments:
Post a Comment