Thursday, February 19, 2009

YA ALLAH AJARKAN AKU TENTANG CINTA!

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

* Atas permintaan, insyaAllah Amins Creative akan menerbitkan siri buku mini "Cute Books". Produksi pertama adalah "Ada Apa Dengan Cinta". Usaha yang kerdil ini ditujukan khas buat saudara-saudari seIslamku agar kita sama-sama mengembalikan sinar yang telah lama hilang di dalam hati kita. Sungguh ampunan Allah amat luas.
“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa’: 110). Mohon doa agar dipermudahkan urusan oleh Allah SWT. ALLAHUAKBAR

No comments: