Sunday, March 1, 2009

I LOVE MUHAMMAD SAW!

Rasulullah Muhammad SAW Peribadi Paling Kreatif. Mengapa saya katakan Rasulullah SAW peribadi paling kreatif? Betapa tidak, beliau memberikan inspirasi bagi jutaan manusia. Peribadi yang berakhlaq mulia tak tertandingi. Kreatif dalam memimpin umat, kreatif dalam memecahkan berbagai persoalan, kreatif dalam melakukan perniagaan, kreatif dalam bidang ketenteraan, kreatif dalam bidang pemerintahan & lain-lain.

Beliau merupakan suri teladan yang sulit untuk ditandingi bahkan untuk disamai sekalipun. Sebelum menjadi rasul, beliau sudah dijuluki sebagai Al Amin. Kejujuran, kecerdasan, dan akhlak beliau membuat kagum baik kawan maupun lawan. Bahkan, orang kafir sekalipun ketika berpergian menyerahkan barang mereka padanya, termasuk para investor Arab.

Di bidang pemerintahan beliau turun langsung memeriksa rakyatnya. Dan jika ada yang kelaparan, beliau tidak segan mengangkat gandum dari baitul maal untuk diberikan kepada fakir miskin tersebut. Bahkan ada satu kebiasaan beliau, yaitu memberikan makan kepada kepada seorang nenek tua beragama Yahudi yang giginya sudah tiada, beliau tidak pernah menyebutkan identiti beliau sebagai seorang Rasul dan pemimpin negara di zaman itu. Beliau tidak segan menyuapi bahkan melembutkan makanan si nenek dengan mulutnya terlebih dahulu, padahal si nenek Yahudi tersebut selalu menghina beliau. Beliau pun pernah bertarung gusti dengan juara gusti di zaman itu. Itulah Rasulullah, kuat secara fisik, jasmani dan rohani.

* PENGUMUMAN: SEMUA DESIGN YG DIPAPARKAN DALAM RENUNGAN BERSAMA MERUPAKAN ANTARA DESIGN BADGE KAMI. DESIGN SEBENAR TIADA LOGO SYARIKAT. HARAP MAKLUM. JADI BOLEHLAH ANDA MEMBELINYA SEKARANG :)

No comments: