Tuesday, August 11, 2009

1 MALAYSIA : ISLAM DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN


Setiap orang yang bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran masing-masing,
Maka mintalah pertolongan Allah dan buatlah kebaikan untuk mendapatkan ganjaran tersebut,
Dan kelebihan ilmu adalah dengan bayangan petunjuk hidayah,
Kebahagiaan di dunia dan akhirat dikecapi dengan memiliki kebahagiaan itu,
Bekerjalah demi TuhanMu sekiranya kamu inginkan kebahagiaan,
Kebahagiaan sebenar pada Taqwa kepada Allah dan mentaati perintahnya


Apa yang menjadikan saya benar-benar tertarik dengan syair ini ialah mesejnya yang sangat bererti. Syair ini menyatakan bahawa syarat untuk kita mengecapi kebahagiaan di dunia dan jua di negara abadi kelak adalah kita semestinya memiliki kebahagiaan terlebih dahulu. Mungkin agak sukar untuk memahaminya? Biarkan saja saya terangkan. Saya berikan satu perumpamaan mudah. Syarat untuk masuk ke dalam stadium bagi menonton perlawanan bola sepak ialah tiket. Jika kita sudah membayar harga tiket, maka kita dibenarkan masuk melalui pintu-pintu yang disediakan. Begitu juga dengan kebahagiaan. Jika kita mahukan hidup ini bahagia dan ceria, maka kita semestinya membayar harganya. Apakah harganya? Harganya ialah dengan kebahagiaan. Cuba lihat pada rangkap terakhir syair ini. Kebahagiaan sebenar adalah pada Taqwa Allah dan mentaati perintahnya. Jika kita sudah bertaqwa dan melaksanakan semua arahan Allah swt, maka kita sudah memiliki kebahagiaan. Oleh itu, dengan kebahagiaan itu kita akan mengecapi kebahagiaan di kedua-dua negeri ini. Dengan mudahnya, kebahagiaan dimiliki dengan kebahagiaan. Semoga kita diberikan faham terhadap agama ini.

Begitu cantik sekali gaya syair ini membina saling kaitan antara kesungguhan dan taqwa kepada Allah. Ini memberikan kita panduan yang jelas dalam bersungguh-sungguh. Kalau anda seorang bapa, kenapa anda sanggup bersengkang mata dan memerah keringat untuk menyara kehidupan sebuah keluarga. Seorang guru begitu sabar dengan kerenah anak murid dan jua bebanan tugas yang bertindih-tindih. Para peniaga dan orang-orang bisnes sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit sebagai modal pemula. Atlit yang terpilih untuk mewakili negara dalam sesuatu temasya sukan peringkat dunia akan berlatih sedaya mungkin dengan jadual latihan yang ketat dan penuh disiplin. Semua ini adalah sebahagian contoh untuk menunjukkan kesungguhan. Tetapi kenapa anda bersungguh-sungguh? Apa yang menjadi dorongan untuk anda bersungguh-sungguh? Itu persoalan yang semestinya kita jawab dengan hati yang ikhlas. Kita mesti menjadikan Allah swt sebagai matlamat kita. Kita bersungguh-sungguh kerana Allah swt . Seorang bapa bersungguh-sungguh kerana dia beriman dengan hadis “sebaik-baik harta adalah hasil daripada kerja tanganmu sendiri”. Seorang guru gigih mendidik anak bangsa kerana tahu semua makhluk di langit dan bumi termasuk ikan di lautan mendoakan keampunan bagi semua guru yang mengajar ilmu Allah. Para peniaga dan tokoh korporat bertungkus lumus untuk menjayakan perniagaan kerana mengetahui mereka adalah pekerja Allah yang diamanahkan untuk menguruskan harta milik Allah. Atlit sukan berlatih dan bermain dengan prestasi cemerlang kerana dia tahu Allah lebih menyukai seorang mu’min yang kuat berbanding mu’min yang lemah. Semuanya dilakukan kerana Allah swt :)

2 comments:

abuyon said...

salam ruhbaru,

apakata slogan tu begini,

Islam didahulukan,
Iman diutamakan

atau

Islam didahulukan,
Tuhan diutamakan

aminscreative said...

YA BISA JUGA SIFU ABUYON. NI KIRA SLOGAN UTK TINGKATKAN PRESTASI KERJA :)