Sunday, May 22, 2011

BERHENTI BERBICARA


Jika anda gagal, bersyukur. Jika anda berjaya, bersyukur. Seperti yang saya selalu katakan, “lebih banyak kali anda gagal, lebih banyak kali anda akan berjaya”.
Berdasarkan oleh sebuah kajian oleh The National Federation of Independent Business “2994 perniagaan baru yang gagal dikaitkan dengan sikap pengasasnya yang menagihkan terlalu banyak masa untuk mengkaji dan merancang. Mereka hanya mampu bertahan selama 3 tahun berbanding dengan pengasas yang mengambil peluang tanpa perancangan”
- usahawan berjaya


Telah kalian fahami betapa pantas peredaran masa, sedangkan aktiviti yang mesti diselesaikan sentiasa banyak. Masa-masa yang telah berlalu sedikit sebanyak pasti telah meninggalkan kesan dan merangsang jiwa untuk membayangkan hari-hari yang mendatang.
Sabda Rasulullah SAW;
Jika pun berlaku kiamat, di tanganmu masih ada benih pohon kurma, jika kamu berkesempatan menanamnya, maka hendaklah kamu menanamnya.”

Dalam merenungi hadis tersebut, dapatlah diumpamakan seorang tua yang menanam benih sepohon pokok buah-buahan….
Orang muda: Mengapa tuan hamba menanam pokok buah ini, sedangkan umurmu sudah hampir ke pintu kubur!
Orang tua: Orang dahulu pun menanam pokok untuk kita orang yang kemudian memakannya.

Tetapi bagaimana yang dimaksudkan dalam hadis tersebut tentang masa akan kiamat? Masihkah ada masa untuk bercucuk tanam?. Hadis tersebut menjelaskan hakikat berusaha dan bekerja. Selagi ada hayat, jangan membuang masa dan berpeluk tubuh sahaja. Ayuh berusahalah dalam kehidupan untuk kebahagian DUNIA & AKHIRAT insyaAllah

No comments: