Satu pendekatan dakwah yang menjadi nukleus kepada pentarbiyyahan ummah. Metodologi ini diperbaharui oleh As-Shahid Imam Hassan Al-Banna yang mengambil ibrah dari usaha dakwah junjungan mulia Nabi Muhammad (S.A.W). Menyedari bahawa tarbiyyah memerlukan satu suasana (atau masa) yang membolehkan ahli-ahli duduk dan berbincang mengikut fasa yang tersusun dan membina kefahaman dalam suasana terbimbing; seperti hal yang ditunjukkan oleh Rasul (SAW) dan golongan terawal memeluk Islam yang sering bermundar-mandir ke rumah Al-Arqam b. Abi Al-Arqam.
Namun begitu usrah bukanlah sekadar berkisar di sekitar halaqah, ukhuwwah yang disemai di dalam usrah membolehkan ahli-ahli hidup dalam suatu bi'ah (suasana) yang hasanah (baik) . Konsep tegur-menegur yang didasari ukhuwwah yang kental sudah pasti menjadi perisai penting kepada ahli dalam usaha pembentukan diri. Pendek kata ... yang menegur, ikhlas menegur ... yang ditegur tak ambil hati =) .
Rukun Usrah
1. Taaruf : berkenalan sesama anggota dan menyemai rasa kasih sayang atas dasar Al-Hubbu fiLLah. Bersifat mutual (dua hala), Taaruf hanya akan dapat dicapai atas konsep saling memberi dan menerima. Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulan.
Sabda Rasul (SAW) ;
"Orang mukmin bagi mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain"
2. Tafahhum : Bersefahaman sesama ahli ketika beramal dan bertindak. Pra-syarat utama dalam pembentukan ikatan yang mantap di kalangan ahli. Apabila Tafahhum berjaya dicapai maka amalan nasihat-menasihati akan menjadi perkara yang mudah dan baik untuk diamalkan seterusnya membuahkan kasih sayang antara ahli. Hilanglah perasan syak wasangka dan hasad dengki, lahirlah mahmudah yang disemai secara bersama.
3. Takaful : Rukun ini tiada kena mengena dengan Institusi Takaful dan Perbankan. Ianya adalah puncak kepada rukun dalam usrah. Takaful tercapai apabila timbulnya rasa bantu membantu atas dasar kebaikan sesama ahli ataupun saudara. Setiap ahli pada tahap ini akan berlapang dada dan sanggup menghulurkan bantuan dari segi moral atau material kepada saudara yang memerlukan sama ada dalam masalah peribadi mahupun keluarga. Setiap ahli bersungguh-sungguh memikul beban sesama sendiri dan sedaya upaya memelihara ikatan ukhuwwah yang terjalin. Dasar Takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah yang sejati.
Mafhum dari hadith Rasul (SAW)
" Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak membantu saudaranya adalah lebih baik baginya dari beriktikaf selama sebulan di dalam masjidku"
* SAUDARA-SAUDARI YANG DIRAHMATI ALLAH DIJEMPUT KE GERAI YANG MENJUAL BARANGAN AMINS CREATIVE:
1) Karnival Usahawan Siswa 2009 , 10-14/2/09, Dewan Annexe, 1030pg - 630ptg, Kerjasama UITM & MEDEC - Persatuan Belia Islam Selangor, Bro Azmi (0193684950)
Tuesday, February 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment